Masih belum sempurna
aku-masih belum sempurna
Assalamualaikum :)
wah alhamdulillah masih bernafas. Masih diberi kudrat utk menapak. Masih diberi kesihatan yang bagus untuk beribadah walau dikurnia sedikit sakit, tidak mengapa. Menghapus dosa-dosa kecilku.
Tiap kali bangun dr tidur, rasa bersyukur sangat masih dapat nikmati apa yang Allah bagi. Tiap kali buat ibadat tu, selalu rasa tak cukup, selalu rasa tak sempurna. tp harap harap diterima lah. insya Allah :)
Purdah? niqab?
wajib ke? Ada yang kata wajib, tapi bukan sebab untuk menutup aurat tp muka harus ditutup utk tutup pintu fitnah :). Tapi kalau tak salah, dulu isteri Nabi kita (saw) berpudah :) and seingatnye la, ada hikmah dia dekat akhirat nanti :) tak berapa nak ingat apa tp apa kata korg ce google? tp ce bace ni --
Jawapan:
Wa'alaikum salam.Aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi ada dua pendapat ulamak. Pertama sekelian badan melainkan kedua tapak tangan dan wajah manakala pendapat kedua pula sekelian badannya termasuk wajah adalah aurat yang wajib di tutup.
Pendapat pertama adalah ulamak2 mazhab Hanafi dan Maliki dan pendapat kedua pula ialah ulamak2 mazhab Syafie dan Hanbali.Bagi pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan bukan aurat itu tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. Perintah tutup ini bukan kerana wajah adalah aurat tetapi sebab menutup pintu fitnah. Memang kita tak dapat menafikan wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.
Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.Jangan kita terkeliru dengan perkataan hijab dan aurat. Hijab adalah jauh berbeza daripada aurat.
Aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun dari pandangan mahhramnya sendiri manakala hijab adalah suatu yang lebih dari sekadar menutup aurat.
Kepada sesiapa yang mahukan penjelasan dan dalil2 yang terperinci tentang kewajipan berpurdah ini silalah merujuk kitab "Tafsir Ayaatul Ahkam karangan Syeikh 'Ali As-Shobuni juzuk ke 2 muka surat 103-126.
Di sana boleh kita lihat kesemua dalil2 dari Al-Quran & Sunnah dan perkataan Abu 'Ala Al-Maududi tentang kesalahan orang2 yang mengatakan wanita tidak perlu memakai hijab yang menutup wajahnya.
walahua'lam
- ustaz azhar idrus
tapi nak pakai ni tak boleh ikot suka, acah acah ikot trend, kena ada nawaitu yang betul, untuk Allah, hanya untuk dia. Sungguh tengah latih diri untuk tukar dulu cara berpakaian.Cuba kurang kan seluar yang fit. Pakai shawl and tudung menutup dada sudah berjaya alhamdulillah. Wahai kaum Hawa sekalian, moh la berhijrah? ke arah yang lebih baik. Paksa la hati kecil tu untuk nikmat yang besar. Moga keterpaksaaan tu akn bertukar menjadi keredhaan, insya Allah. Yang tak berhijab tu, cuba la paksa diri, bulan baik ni lagi la berganda hikmah dia. jangan lalai sangat dengan dunia yang penuh dusta ni. kelak kita menyesal. Doa kan anti berjaya sampai ke tahap tu satu hari nanti. Berniqab insya Allah, amin :)
-penulis jalanan-
Thursday, July 18, 2013,7:07 PM |
comment |
0 comment(s)